Kepentingan

Menyedari peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru disekolah, dan betapa pentingnya komunikasi tiga hala diantara Persatuan, Ibu Bapa dan Guru, maka MyPIBG.org pun mengambil inisiatif menyediakan kemudahan portal dan blog secara percuma untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah di Malaysia.

Sekiranya ada diantara PIBG yang telah mempunyai laman web, memiliki laman blog juga merupakan satu kemestian kerana:

1. Komunikasi tiga hala

Melalui laman blog, pihak Ibu Bapa dengan mudah berinteraksi dengan pihak Persatuan dan Guru tanpa perlu menunggu satu perjumpaan yang dianjurkan untuk menyuarakan pendapat dan idea mereka dan tanpa perlu memikirkan kekangan masa ibu bapa untuk bertemu dengan guru bagi mendapatkan sebarang maklumat dan sebagainya.

2. Kalendar aktiviti

Pihak Ibu Bapa juga dengan mudah mendapat informasi terkini mengenai program atau aktiviti yang di anjurkan oleh Persatuan melalui kalendar aktiviti yang di paparkan dalam blog Persatuan.

3. Informasi Terkini

Melalui sistem blog, pihak Persatuan juga boleh mengemaskini apa sahaja aktiviti yang telah dilakukan Persatuan dan memberikan “output” dari aktiviti tersebut, dengan itu mana-mana ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan juga mendapat “input” melalui informasi tersebut. Selain itu, applikasi “NewsLetter” yang disediakan, pihak Persatuan dengan mudah menghantar sebarang informasi terkini ke email ibu bapa yang berdaftar.

4. Peka

Melalui ruangan Forum yang disediakan, Ibu Bapa dan Guru akan lebih peka mengenai perkembangan anak / murid, perbincangan sesama ibu bapa dan guru akan lebih mudah, cepat dan penyelesaian kepada sesuatu masalah yang timbul berkaitan anak / murid dapat dicapai dengan segera dan dengan kata sepakat.  Selain itu, semua Persatuan, Ibu Bapa dan Guru di bawah MyPIBG.org dapat berkongsi dan bertukar-tukar fikiran mengenai isu-isu semasa yang berkaitan dengan anak/murid.

Dengan itu, kami di MyPIBG.org amat berbesar hati untuk menyediakan satu kemudahan yang dapat memberikan manfaat kepada semua pihak sekaligus menjadikan peranan PIBG sekolah lebih efektif.

Leave a Reply