Utama

MyPIBG.org menyediakan servis portal dan blog PIBG sekolah-sekolah di Malaysia secara percuma.  Untuk membolehkan setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru di sekolah memiliki laman blog mereka sendiri.

“Theme” atau tema rekabentuk laman blog yang disediakan juga amat menarik dan professional.  Disamping itu, kami turut menyediakan berbagai-bagai applikasi yang boleh digunakan seperti applikasi “Social Network” untuk membolehkan kandungan blog di kongsi di laman facebook atau twitter, applikasi “Newsletter” untuk membolehkan pihak PIBG menghantar sebarang email yang berkaitan dengan aktiviti PIBG atau makluman serta pengumuman kepada ibu bapa yang berdaftar dan Kalendar Aktiviti dimana setiap PIBG boleh memasukkan jadual aktiviti sekolah dan PIBG sepanjang tahun di blog masing-masing.  Dimasa akan datang, banyak lagi applikasi-applikasi bersesuaian yang akan disediakan oleh pihak kami mengikut keperluan Persatuan,

Servis ini diberikan secara percuma kepada PIBG bagi membolehkan AJK PIBG membangunkan serta mengemaskini sendiri blog mereka pada bila-bila masa.  Pada masa yang sama, kami juga menyediakan khidmat latihan membangunkan laman blog bagi AJK PIBG yang berminat untuk belajar.

Kami percaya bahawa kemudahan yang disediakan ini amat bermanfaat dan sesuai dengan peredaran semasa dimana penjimatan kos dan masa dapat di laksanakan, begitu juga dengan maklumat dapat disampaikan dengan pantas dan tepat.

 

Visi & Misi

Visi & Misi Portal Blog ini adalah untuk membantu serta memudahkan komunikasi dan interaksi antara PIBG, Ibubapa dan Guru  bagi mamantapkan lagi peranan PIBG di sekolah-sekolah di Malaysia.

Leave a Reply